Monday, September 19, 2011

Pengenalan



        Laman ini dibangunkan bertujuan bagi memenuhi kehendak subjek CMT3112 - Sejarah Media Baru. Subjek Sejarah Media Baru merupakan subjek wajib bagi pelajar semester 5 elektif Multimedia Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.


       Subjek Sejarah Media Baru ini diajar oleh En. Jasni Dolah. Subjek ini menitik beratkan tentang peranan yang dimainkan oleh sejarah media baru dalam membantu penghasilan karya seni digital terutama dari segi estetika, strategi, trend dan aspirasi sosiobudayanya. Diantara ciri-ciri utama dalam subjek ini termasuklah bagaimana nilai integrasi, interaktif, hipermedia dan naratif dapat membantu dalam penghasilan karya seni digital yang berkualiti dan inovatif. Latihan yang diberi berasaskan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi terkini dalam membantu penghasilan karya seni digital.


Sejarah Media Baru
       
        Kata media berasal dari bahasa latin Medius yang bermaksud 'tengah', perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan. Sejarah media di Malaysia bermula dengan kemunculan media cetak iaitu penghasilan surat khabar dimana, surat khabar menjadi sumber maklumat yang utama dalam kalangan penduduk Malaysia pada ketika dulu. Media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Setelah itu muncul pula media elektronik dimana media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsul permainan, komputer, telefon dan lain-lain. 



        Media baru pula ditakrifkan sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'. Media baru juga bermaksud cara mengajar baru yang menggunakan media jaringan komputer dan internet. Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.

          Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Antara contoh-contoh media baru ialah:

  • Internet & web
  • Personal komputer
  • DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc
  • VCDs (Compact Disc)
  • Portable Media Player
  • Mobile Phone
  • Video Games
  • Virtual Reality 




No comments:

Post a Comment