Multimedia

       Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Multi bermaksud banyak atau pelbagai. Media merujuk kepada alat atau pengantaraan untuk sampaikan sesuatu maklumat seperti teks. grafik. audio, video dan animasi.


         Multimedia adalah hasil daripada gabungan pelbagai media, yang biasanya merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar/imej, warna, bunyi, animasi dan video. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan elemen-elemen tersebut dalam merealisasikan sesuatu penerbitan multimedia seperti dalam satu taklimat atau penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer. Keupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-unsur berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih.

Elemen-elemen multimedia:
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • animasi
  • interaktif





Teks

       Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat.

Grafik 

          Merupakan elemen paling penting. Memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu
persembahan maklumat. Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik.

Audio

       Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Video

     Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup. Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Animasi

     Berperanan menceriakan persembahan sesuatu maklumat. Membantu menerangkan satu konsep yang kompleks dengan lebih mudah dan berupaya menarik perhatian pengguna kepada sesuatu persembahan.


Pengkategorian Multimedia


       Multimedia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu linear dan non - linear. Linear aktif berkembang tanpa kawalan mana-mana pelayaran untuk penonton seperti persembahan pawagam. Non-linear menawarkan interaktif pengguna untuk mengawal kemajuan seperti yang gigunakan dengan permainan komputer atau digunakan dalam latihan berasaskan kendiri komputer. Hipermedia adalah satu contoh kandungan non-linear. Persembahan multimedia boleh secara langsung atau direkodkan. Satu penyampaian yang dirakam boleh membenarkan interaktif melalui sistem navigasi. Persembahan multimedia yang secara langsung boleh membenarkan interaktiviti melalui interaksi dengan penyampai atau pelaku. 


Ciri-ciri utama multimedia


       Multimedia boleh dilihat oleh orang di atas pentas, unjuran, projektor atau dimainkan dengan  pemain media (media player). Siaran mungkin secara langsung atau persembahan multimedia yang direkodkan. Siaran dan rakaman boleh berlaku sama ada secara analog atau teknologi digital media elektronik. Multimedia digital dalam talian boleh dimuat turun atau streamed. Streaming multimedia boleh secara langsung atau atas permintaan.