Komunikasi

Apa itu komunikasi?

        Komunikasi adalah suatu perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang difahami oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, contohnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu, cara seperti ini disebut komunikasi nonverbal. 

Sejarah komunikasi

       Komunikasi atau communication berasal dari bahasa latin communis yang bererti ‘sama’. Secara amnya, komunikasi wujud apabila terdapat kesamaan antara penyampaian pesan dan orang yang menerima pesan. Oleh sebab itu, komunikasi bergantung pada kemampuan kita untuk dapat memahami satu dengan yang lain. (Communication depends on our ability to understand one another). Pada zaman dahulu, manusia berkomunikasi dengan menggunakan isyarat asap. Mereka akan membakar api dengan kepul-kepul asap yang terbentuk akan memberi isyarat kepada mereka yang berada di tempat lain. Apabila komunikasi diantara manusia semakin berkembang, mereka mula menggunakan gendang untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bunyi gendang yang dipalu akan menarik minat masyarakat yang berada di tempat lain dan ini menunjukkan mereka saling berkomunikasi. Gelombang bunyi yang terhasil itu dapat memberikan isyarat kepada mereka. Setelah itu, wujudnya simbol dimana simbol merujuk kepada gambar, bentuk atau benda yang mewakili suatu gagasan, benda ataupun jumlah sesuatu. Simbol paling umum ialah tulisan yang merupakan simbol kata-kata dan suara. Setelah itu wujudnya lukisan dimana lukisan paling awal dikenali sebagai lukisan gua. Lukisan gua ini terdapat di dinding-dinding gua. 



  Gambar 1: Lukisan di dinding-dinding gua.


       Lukisan dinding gua menggambarkan sebuah kehidupan zaman prasejarah dari segi sosial - ekonomi dan kepercayaan masyarakat. Sikap kehidupan manusia tergambar di dalam lukisan-lukisan tersebut dan termasuk juga di dalamnya nilai-nilai estetika dan magis yang berkait dengan totem dan upacara-upacara yang belum diketahui dengan jelas. 


       Kemudian, masyarakat mula terlibat dengan sistem penulisan. Apabila sistem penulisan mereka semakin berkembang maju, mereka mula menggunakan haiwan-haiwan terlatih seperti burung merpati untuk menghantar perutusan kepada masyarakat lain. Selepas itu, manusia mula mencipta alat baru untuk berkomunikasi. Pada tahun 1837, F. B Morse telah mencipta alat pertama untuk berkomunikasi iaitu telegraf



Gambar 2: Mesin Telegraf pertama di dunia.

         Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell telah memperkenalkan telefon dimana telefon lebih sesuai untuk digunakan untuk berkomunikasi pada jaraj jauh. Ia membenarkan seseorang bercakap atau berbual dengan orang lain pada masa yang sama. Ini menunjukkan perkembangan komunikasi semakin maju seterusnya manusia dapat memberikan respon secara langsung.


Gambar 3: Telefon pertama di dunia



       Perkembangan pesat komunikasi telah menyebabkan terhasil atau terciptanya televisyen dimana, manusia saling barsaing untuk memperkenalkan teknologi yang terkini. Pada tahun 1890, J. L Baird telah mencipta televisyen dimana, televisyen merupakan satu sistem yang membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain melalui gambar, animasi, bunyi dan video yang dihasilkan melalui pertukaran gelombang elektrik.



Gambar 4: Televisyen pertama di dunia.


       Pada tahun 1970, kemunculan telefon bimbit telah mengemparkan dunia komunikasi dimana, setiap orang begitu tertarik untuk memilikinya. Hal ini kerana telefon bimbit mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan menyenangkan manusia untuk berkomunikasi tidak mengira jarak ataupun masa. 


Gambar 5: Telefon bimbit pertama di dunia