Tugasan 1: Maksud sejarah media baru dalam konteks penghasilan karya seni digital.
Sejarah Media Baru
Media baru bermaksud cara mengajar baru yang menggunakan media jaringan komputer dan internet. Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.
Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital.
Menurut Feldman, media baru memiliki sekurang-kurangnya 5 sifat. Pertama, media baru mudah dimanipulasi. Hal ini sering kali mendapat tanggapan negatif dan menjadi perdebatan kerana media baru membolehkan seseorang untuk memanipulasi dan merubah berbagai data dan informasi dengan bebas. Kedua, media baru bersifat network cable (kabel rangkaian). Ertinya, segala isi kandungan yang terdapat dalam media baru dengan mudah dapat dikongsi dan ditukar antara pengguna jaringan internet yang sedia ada. Ketiga, media baru bersifat compressible (mampat). Isi kandungan yang terdapat dalam media baru dapat diperkecilkan ukurannya sehingga kapasitinya dapat dikurangi. Keempat, media baru sifatnya padat dimana, kita hanya memerlukan ruang yang kecil untuk menyimpan pelbagai maklumat yang ada dalam media baru. Sebagai contoh, kita hanya memerlukan satu komputer yang bersambung dengan internet untuk menyimpan pelbagai informasi dalam komputer tersebut. Kelima, media baru bersifat imparcial (adil). Segala Isi kandungan yang terdapat dalam media baru tidak berpihak pada sesiapapun dan tidak dikuasai oleh segelintir orang saja.
Sehingga tahun 80-an, media dikuasai sepenuhnya oleh bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, buletin dan penyiaran secara analog seperti television dan radio. Dalam tempoh lebih 25 tahun sebelum ini, kita telah lihat perubahan besar dalam industri media dengan kehadiran teknologi digital dan penggunaan komputer serta internet. Dengan adanya media baru, kita tidak menghadapi masalah jarak geografi, boleh berkomunikasi tanpa had, pantas dan secara interaktif.
Perkembangan media baru telah mencetuskan kemunculan komunikasi dunia siber. Secara dasarnya, media baru merupakan internet kerana segala keperluan sosial masyarakat bermula dari informasi, media teks, radio, tv dan segala jenis media terkumpul di dalamnya. Sebagaimana yang kita ketahui, televisyen merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam putih) mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Melalui televisyen, kita dapat mengetahui tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita serta dunia luar. Kita juga dapat mengetahui serta mempelajari perkara baru menerusi rancangan yang disiarkan di televisyen.
Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan peluang kepada pengguna untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta laman blog peribadi, terlibat dalam forum, email, video konfrens dan sebagainya. Melalui internet, masyarakat juga dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang hanya terhad kepada maklumat-maklumat tertentu.
Sekitar awal 1990 komputer menjadi alat yang sungguh berguna kepada manusia. Sistem komputer telah direka kepada penggunaan cip yang kecil dengan kuasa yang besar telah menyemarakkan lagi penggunaan komputer dalam penghasilan karya.
karya seni digital
Seni digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal atau daripada sumber lain seperti gambar diimbas atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer.
Gambar 1: Lukisan digital
Dalam penghasilan karya seni digital ini, media baru seperti papan grafik atau lebih dikenali sebagai graphics tablet memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya seni digital. Graphics tablet merupakan peranti input komputer yang membolehkan pengguna melukis imej dan grafik dengan tangan, iaitu sama seperti cara seseorang melukis imej dengan pensil dan kertas. Tablet ini juga berfungsi untuk merekod data atau tulisan tangan tandatangan. Ia juga boleh digunakan untuk mengesan imej dari sehelai kertas yang dilekatkan atau diletakkan pada permukaan. Merekod data dengan cara ini, sama ada dengan menyurih (menekup) atau memasuki sudut garis poly-linear atau bentuk dipanggil digitizing (mendigitkan).
Gambar 2: Graphics Tablet (Papan grafik)
Sungguhpun tablet adalah peranti yang memudahkan penghasilan karya seni digital, ianya tidak mudah dipelajari dan mengambil masa untuk dikuasai sepenuhnya. Ianya adalah sedikit pelik apabila melukis di atas tablet di atas meja tetapi mata melihat ke hadapan pada papan skrin komputer. Perkara ini turut menjadikan perasaan melukis di atas tablet tidak sama seperti melukis di atas sekeping kertas. Syarikat yang terkenal dengan pengeluaran tablet ialah Wacom. Tablet berjenama Intuos dan Bamboo mereka adalah senjata utama pelukis digital serata dunia. Penggunaan tablet ini membantu para pelukis digital menghasilkan lukisan digital mereka dengan berkesan.
Secara kesimpulannya, perkembangan media baru ini telah membuka minda para masyarakat serta mengubah pola kehidupan mereka. Melalui media baru, masyarakat dapat berkongsi maklumat sesama mereka serta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan terkini. Melalui media baru juga, para pelukis digital mampu menghasilkan karya lukisan digital yang berkualiti.
Penggunaan media baru juga turut memberi kesan terhadap penghasilan karya. Ini dapat dilihat dari segi idea dimana, penggunaan media baru seperti komputer membantu kita dalam proses penyampaian idea. Sebagai contohnya dalam menghasilkan karya seni, media baru banyak membantu kita dalam menyampaikan idea. Ini dapat dilihat dalam beberapa karya dalam teknologi baru dimana, Nam June Paik seorang pemuzik, saintis, jurutera dan pelukis menghasilkan sebuah karya yang dianggap pengasas kepada teknologi baru. Karya awalnya bertajuk 'Global Groove' (1960), memperlihatkan suatu teknik yang menarik dengan menggunakan persembahan seni melalui video yang ditayangkan melalui layar televisyen.
Pada tahun 1973, Ed Emshwiller merupakan pengasas kepada seni menggunakan komputer video. Karya beliau pertama bertajuk 'Scape- Mate' telah menunjukkan suatu pergerakan imej dengan lenggok tarian dengan skema warna kehijauan. Pergerakan yang memakan masa 30 minit memberi kesan dramatik dalam karyanya. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya media baru, kita dapat mempersembahkan atau menyampaikan idea-idea kita kepada umum.
Dari segi rekaan samada dalam karya seni visual, seni lukis mahupun seni cetak, media baru memberi kesan yang sangat besar dimana, pengkarya seperti Ismail Zain, Hasnul Jamal. Saidon serta beberapa pelukis yang lain menjadikan media baru sebagai medium untuk mengetengahkan 'subjek matter' yang relevan dalam karya seni mereka. Pada tahun 1983, Kamarulzaman Md Isa iaitu seorang pensyarah rekabentuk industri, Uitm telah mempamerkan sebuah karya di luar lingkaran karya biasa dengan menggunakan media baru iaitu komputer sebagai bahan. Pada peringkat awal beliau menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC di atas pelantar komputer Apple Ile dengan kapasiti RAM 64kb menghasilkan karya imejan. Setahun kemudian beliau menghasilkan karya 'self potrait' dengan menggunakan komputer di atas pelantar 'Commodore 64'. Ismail Zain menggunakan imej berkomputer melalui cetakan dot matric. Hasnul Jamal Saidon mengutarakan karya-karya beliau dalam bentuk elektronik dan memperhebatkan dengan idea E-art. Pereka-pereka grafik juga menggunakan digital grafik dalam penghasilan karya mereka seperti poster, bunting, banner dan sebagainya. Kesemua hasil karya mereka ini dicetak dengan menggunakan mesin percetakan elektronik iaitu salah satu alat media baru. Dalam penghasilan rekaan karya digital pula, penggunaan media baru seperti papan grafik memudahkan para pelukis grafik menghasilkan karya-karya mereka yang unik dan estetika terutamanya dalam penghasilan lukisan digital.
Dari segi tiruan dan hakmilik cipta pula, media baru khususnya internet memberi kesan negatif. Hal ini dapat dilihat pada karya-karya seni seseorang pelukis atau pereka grafik dimana, kebanyakan karya-karya mereka yang dipaparkan di internet telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna internet. Perkara yang sama juga turut berlaku pada sesetengah komposer muzik, pengarah filem, pereka fesyen, arkitek dan pereka animasi. Namun begitu, ada juga hakmilik cipta pengkarya seni dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Dimana, segala karya yang dihasilkan oleh mereka akan dilindungi dan sebarang peniruan atau pencerobohan terhadap karya mereka akan didakwa.
Tugasan 4: Pilih dua medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan sesuatu karya.
Perkembangan teknologi media baru ini sejajar dengan perkembangan tamadun manusia. Teknologi media baru membantu manusia dalam kehidupan seharian. Perkembangan teknologi media baru juga telah mula mencetuskan satu penerokaan baru kepada manusia khususnya kepada seniman dan pengkarya.
Dua medium dalam teknologi media baru iaitu komputer dan internet banyak membantu saya dalam menghasilkan sesuatu karya. Personal komputer membantu saya dalam menghasilkan sesuatu karya terutamanya dalam penghasilan karya seni digital, seni visual dan penulisan.
Internet merupakan salah satu media baru. Internet adalah sistem global rangkaian komputer yang saling menggunakan suite protokol internet piawai (TCP/IP) untuk perkhidmatan berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Ia adalah satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada berjuta-juta swasta, awam, akademik, perniagaan dan rangkaian kerajaan tempatan untuk skop yang dihubungkan dengan pelbagai teknologi rangkaian elektronik, wireless dan teknologi elektronik optik. Internet berfungsi untuk menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika hendak dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti perkhidmatan pos, telefon, telegram dan sebagainya. Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat.
Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logic berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk penyimpanan data dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.
Dalam penghasilan karya seni digital dan seni visual saya menggunakan perisian di dalam komputer iaitu Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premier, Adobe After Effect, Final cut pro, Autodesk Maya dan Ulead Video Studio. Penggunaan perisian tersebut sangat penting dalam setiap tugasan saya sebagai seorang pelajar multimedia dimana, bagi tugasan subjek Rekabentuk Struktur Naratif, penggunaan Adobe Premier dan komputer sangat diperlukan untuk penyuntingan video serta penghasilan video. Bagi subjek Permodelan Grafik & Komputer 3D, perisian Autodesk Maya digunakan dalam menghasilkan permodelan 3D. Penggunaan komputer ini memudahkan kerja saya seharian. Dengan adanya komputer, saya dapat menyiapkan tugasan penulisan skrip serta tugasan-tugasan bertaip yang lain. Melalui komputer juga saya boleh mendengar lagu dan menonton movie. Disamping itu, komputer membolehkan saya untuk melayari internet.
Internet pula membantu saya dari segi pembelajaran dimana, saya boleh mendapatkan sumber maklumat dan bahan rujukan melalui akses internet. Melalui internet saya juga dapat berhubung diantara satu sama lain walau dimana pun saya berada dan pada bila-bila masa sahaja. Internet juga membantu saya dalam menyiapkan tugasan blog bagi subjek Sejarah Media Baru. Disamping itu juga, internet membantu saya dalam menyiapkan tugasan laman web bagi subjek Seni Digital Kreatif. Melalui internet juga saya dapat mengakses email, facebook, laman web serta chat room.
Sesungguhnya, internet dan komputer memberikan kesan yang sangat besar dalam penghasilan karya serta dalam kehidupan seharian saya.
Tugasan 2: Sumbangan teknologi apple computer dalam penghasilan karya seni.
Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logic berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk penyimpanan data dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.
Unit pemprosesan komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau persekitarannya. Komputer boleh juga bertindak balas terhadap sampukan yang membuatkan ia melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia sedang buat sebelum sampukan.
Komputer elektronik pertama telah dibangunkan pada pertengahan abad ke-20 (1940-1945). Dengan saiz seumpama sebuah bilik besar, ia memerlukan kuasa yang banyak seumpama beberapa ratus komputer peribadi (pc) moden.
Gambar 1: komputer elektronik pertama di dunia
Perkembangan dunia yang semakin canggih ini telah mengubah bentuk dan saiz komputer. Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, saiz komputer semakin kecil. Komputer zaman sekarang dikenali sebagai desktop dan laptop. Desktop merupakan komputer yang diletakkan di atas meja. Skrin desktop juga semakin berubah dimana, pada waktu dahulu skrin desktop adalah seperti televisyen, tetapi zaman sekarang skrin desktop adalah jenis LCD iaitu yang nipis. Laptop pula merupakan komputer riba yang senang dibawa ke mana-mana sahaja. Laptop juga terdapat dalam beberapa saiz iaitu ada yang bersaiz kecil dan sederhana. Laptop yang bersaiz kertas A4 dikenali sebagai notebook.
Gambar 2: Komputer pada masa kini
Komputer Apple
Apple Inc, dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ:AAPL) merupakan perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilang produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertini, California, Apple mengembangkan, menjual dan menghasilkan berbagai jenis komputer peribadi dan pemain mudah alih serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone dan Apple TV) serta ciri-ciri untuk Mac OS X “Leopard”, sistem pengendaliannya yang baru. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti perisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007.
Gambar 3: Logo Apple Inc.
Gambar 4: Steve Jobs pengasas komputer apple
Steven Paul Jobs atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs (24 Februari – 5 Oktober 2011) merupakan seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Pada awal 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (Pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan yang lain membangunkan dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julung kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Appel lalu menubuhkan Next, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli Next, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1997 hingga 2011. pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Sumbangan teknologi komputer Apple
Komputer apple memberi sumbangan yang besar dalam penghasilan karya seni. Antara karya seni tersebut ialah animasi 3D, filem, video klip, seni digital dan lukisan digital. Seni digital pada awalnya dikawal oleh Steve Jobs dengan jajaran komputer Apple Macintoshnya. Pada mulanya beliau memperkenalkan inovasi GUI ( Graphic User Interface) bagi sistem operasi komputer Mac. Dunia perkomputeran mula mengikuti mereka, dimana di dunia PC (Personal Computer) mulalah dikenali sebagai System Operasi Windows.
Mac merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dikawal oleh Apple membawa perubahan besar dalam dunia seni digital, dimana Macintosh memberi perspektif baru bahawa estetika seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik ini telah diikuti oleh dunia PC (Personal Computer) yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-intel).
Penggunaan PC (Personal Computer) semakin berkembang pesat pada masa kini. PC merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus hiburan. Salah satu fungsi PC dalam dunia seni ialah sistem pengolahan digital grafik. Sejak berkembangnya penggunaan PC, ramai pereka yang mula menceburi dan menggunakan digital grafik untuk menghasilkan karya-karya mereka. Poster-poster yang dahulunya banyak menggunakan grafik manual mula beralih kepada digital grafik yang kemudiannya dicetak. Seni digital mengalami banyak kemajuan yang pesat. Sejak beberapa tahun ini, pengolahan audio dan grafik secara digital semakin meningkat, ini dapat dilihat dalam pelbagai segi kehidupan.
Jika kita lihat di kaca televisyen sekarang, banyak filem dan iklan yang memanfaatkan komputer untuk menghasilkan seni digital yang canggih dan moden. Majalah-majalah dan media cetak pula mula menggunakan pengolahan digital untuk menghasilkan digital grafik yang artistik. Begitu juga dengan muzik dimana, penggunaan software komputer bagi menghasilkan muzik-muzik dengan cara baru. Selain itu, banyak production house yang telah menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan grafik yang menarik serta animasi-animasi yang berbentuk 3D. Selain itu juga, kebanyakan arkitek menggunakan teknologi komputer dalam mencipta suatu model bangunan dengan menggunakan software-software yang tertentu seperti 3D Max, Maya, Autocad dan sebagainya.
Tugasan 3: Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi ide, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.
Pengaruh media baru dapat memberi kesan yang sungguh hebat kepada alam sejagat. Ini berdasarkan hakikat yang ianya bergerak tanpa sempadan serta batasan tanpa mengira masa walau dimana sahaja kita berada. Akibat daripada kesan besar pengaruh media baru, maka pastinya ia memberi satu evolusi kepada cara manusia mendapatkan informasi. Bergantung kepada bagaimana ianya dimanfaatkan, media baru mampu memberikan impak yang tidak terhingga atau sebaliknya.
Kesan daripada evolusi media baru terhasilnya globalisasi iaitu aktiviti melampaui sempadan negara. Globalisasi menyingkatkan jarak perhubungan manusia di serata dunia melalui komunikasi elektronik. Pakar-pakar menggambarkan ia sebagai "the death of distance". Ini kerana media baru secara radikal menghapuskan hubungan fizikal dan sosial dengan menjadikan lokasi individu tidak lagi penting dalam hubungan sosial sesama manusia. Dengan wujudnya media baru, maka terhasil masyarakat maya yang bergerak secara dalam talian atau online, kelompok maya ini bergerak sebagaimana apa yang kita lakukan dalam kehidupan biasa seperti bertukar-tukar pandangan ilmiah, melakar perancangan, bercakaran atau menjalinkan cinta.
Perkembangan media baru telah mencetuskan kemunculan komunikasi dunia siber. Secara dasarnya, media baru merupakan internet kerana segala keperluan sosial masyarakat bermula dari informasi, media teks, radio, tv dan segala jenis media terkumpul di dalamnya. Sebagaimana yang kita ketahui, televisyen merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam putih) mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Melalui televisyen, kita dapat mengetahui tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita serta dunia luar. Kita juga dapat mengetahui serta mempelajari perkara baru menerusi rancangan yang disiarkan di televisyen.
Media baru atau internet yang muncul ini telah memberikan peluang kepada pengguna untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat pelbagai medium dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dan tanpa had dalam proses demokrasi. Contohnya, kita boleh mencipta laman blog peribadi, terlibat dalam forum, email, video konfrens dan sebagainya. Melalui internet, masyarakat juga dapat mengetahui pelbagai maklumat tidak seperti media tradisional yang hanya terhad kepada maklumat-maklumat tertentu.
Kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.